BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, July 18, 2011

ini tak jiwang lah

Siaran piring kelabu yang aku rasa ada dekat rumah seluruh rakyat Malaysia buat satu promosi baru.Lelong..lelong.Dua singgit..dua singgit!Hah..penipu!Mana ada dua singgit..tapi dua untuk dua belas ringgit kot atau lebih.Aku pun tak tahu..maap!Siaran untuk ibu-ibu,bapak-bapak,mas-mas,pak supir sekalian dan lain-lain yang katanya kangen mau pulang ke tempat asalnya tapi ya enggak bisa karna ongkos nya belum cukup.Lagian Malaisia(Malaysia) ini enak sekali..punya Mydin besar,punya bangunan tinggi lagi kembar gitu deh.Hahaha..tak kisah lah.Yang aku nak cakap memandangkan dia ASTERO ni bagi tgk dua siaran ni percuma sampai berapa Ogos ni ntah jadi semalam aku pun nengok lah.

Ada citer 'Ketika Cinta Bertasbih' dengan 'Ketika Cinta Bertasbih 2'..aku tak pernah tgk sebelum ni.Cuma pernah dengar yang filem ni adalah dari novel saudara Habiburahman novelist yang terhebat lah di Indonesia.Ibu,ayah dengan adik aku 2 orang pernah tgk 2 minggu lepas kot sbb TV AlHijrah siarkan kalau tak silap.Ibu dgn ayah memang suka abis citer ni..beriye2 nengok nya hari tu.Haziq siap ckp before dia pegi Arau yg dia nak dapat isteri macam Anna (heroin filem tu).
Hahaha..dan aku gelak je.Jadi aku cakap, kau tak payah lah pi Arau, pi belajar kat pesantren!
Nak dijadikan cerita keluar lagi filem ni dekat ASTERO ni ibu dgn ayah mmg meraung2 bising lah nak nengok lg.Aku pun ikut aje..hati aku ckp tengok lah kat mana yang citer ni best..

best ooo..macam makan ayam penyet Pdg Jawa!nak lagi dan nak lagi!

Dan konklusinya..memang filem ini bagus sekali.Full with emotion..dan banyak benda yang aku belajar dari filem ni.Aku kagum!

Selepas nonton filem ni..ada banyak benda bersarang dalam fikiran aku.Ada banyak yang aku musykil..dan aku sedar banyak sungguh perkara yang aku tak tahu walaupun aku seorang Islam.Aku berani kan diri untuk bertanya pada ibu dan ayah walau malu aku tu macam nak lari sorok bawah tanah lah.Tapi aku dayakan jugak..lepas tu aku minta pertolongan kawan baik Encik Google.Aku baca dan baca..aku tanya lagi dan kini Alhamdulillah..ada lah penambahan ilmu didada ni dan faham lah sedikit dari sebelumnya.

Dan aku nak lah tulis kat sini..sbb aku takde diari tebal macam dalam citer Yo Soy Betty La Fea atau otak yang hebat macam orang bijak pandai yang petik jari je bila apa2 jua soalan diajukan pd diorg.Otak aku biasa2 sahaja..lepas tu ibu,ayah dengan ustazah sekolah dulu ada cakap ilmu ni kalau tak dikongsi kita akan rugi.Rugi sangat..

Soalan pertama aku tanya pada ibu:
"Ibu, bercinta-cinta ni alah macam couple2 lah tu haram ke?"

Ibu jawab macam ni:
Ibu sendiri tak pasti ada ke hukum haram atau sunat atau makruh bila kita bercinta dengan seseorang ni tapi apa ibu boleh jawab kita boleh mencintai seseorang dan benda ni mempunyai syarat.Yang mana ada batasan yang perlu dijaga.Batas-batas aurat dan pergaulan..Ibu faham zaman korang sekarang ni couple2 tu dah jadi macam perkara biasa.Macam rutin hidup..macam yang kita kena makan nasi.Kalau tak makan nasi nnt org ckp 'eleh,nak diet lah tu' atau 'apa ni org malaysia tak makan nasi?'..lebih kurang mcm tu lah.Banyak benda harus dipertimbangkan sebelum korang ni nak seronok2 cakap I love u ke I miss u ke.

Lepas tu ayah sampuk tiba-tiba:
Yang penting awak tu tak payah nak gatal-gatal nak cintan-cintun ke ada pakwe bagai ke..pikir mana yang penting dulu.Betul dulu diri..baru pikir nak kahwin ke apa ke.Tahu?!(mana ada ckp nak kahwin pun oo..ayah ni!Sentap mak,nok!Terus angguk dan nangis dlm hati)

Malam sikit aku mintak tolong Encik Google plak..ada lah baca sikit2.Dan ini antaranya:
Masalah memilih bakal pasangan hidup, perlu di beri perhatian di awal perkenalan dengan pasangan masing masing. Islam sangat bersifat selektif. Sebab itu di syarakkan diadakan fitrah pertunangan supaya terdapat jangka masa yang cukup untuk mengenali pasangan. Mengenali pasangan bukanlah pada dasarnya keluar berjalan-jalan dating dan berborak tanpa batasan. Konsep lima `K' diperkenalkan oleh Rasulullah s.a.w. iaitu "Kenal", "Kelas", "Kufu", "Kasih" dan akhir sekali "Kahwin".

Lagi:

Banyak batas-batas syariat yang dilanggar apabila terjerat dalam perangkap cinta:-
1 - Pandangan mata yang tidak dapat dikawal kerana terfitnah dan terpesona akibat panahan mata kekasih. 2 – Terpesona percakapan dan suara yang lunak 3 - Hati yang menyembunyi pelbagai perasaan 4 - Hawa nafsu bergelora dalam diri

Aku suka analogi yang saudara ni kasi:
Dia berkata "Cinta umpama air yang suci. Bersih dan kotornya air itu adalah bergantung kepada bekas air itu di tuang.". Begitu juga dengan bercinta. Ianya adalah benda bersih. So, jangan kotorkannya dengan perbuatan korang yang gedik-gedik, pegang tangan dan benda-benda pelik.

Ini je yang mampu aku tulis kat sini..panjang sgt dh.Aku harap kalau entry ni ada salah dan silap ada yang sudi tegur dan kongsilah dengan aku yang biasa2 ni.Hehehe..

p/s: Aku berdoa agar aku ditemukan jodoh yang terbaik untuk diri ni..**kalau boleh nak macam Khaerul Azzam tulah(Hero Ketika Cinta Bertasbih)hehehe;P

1 comments:

Maisarah said...

ak giler kut ngan kcb ni..even sinetron die yg br nk tayang kat astro pelangi tu, ak dah abis tgk sume kat utube...mantop sgt weh...ade mcm2 ilmu, x mcm cite indon lain...