BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, May 26, 2010

Apa yang banyak mempengaruhi aku?

Dalam hidup ni tak semua perkara akan buat kita gembira macam bila kita gembira dpt makan Ikea Meatball..semenjak dua menjak ni aku kembali pada era MARI MEMBACA.
Aku baca semua blog yang aku suka..setiap hari jumpa blog baru.Baca..baca dan baca.
Aku ulang baca balik older post aku..baca balik comment yg di bagi.Ada beberapa moment yang buat aku terkenang,hiba,senyum sorang diri..dan saat ada air turun dr mata.Aku terfikir Muhaimin,kau dah lama tak muhasabah diri..jadi,

Aku pn selongkar semua yang ada dalam laptop ni..setiap folder gambar yang ada aku buka satu persatu.Lagu yang selalu aku dgr aku dgr lagi ulang berulang..dan kini aku faham yang setiap orang pasti ada perkara yang tersendiri yang dapat mempengaruhi diorg..

Ini untuk aku sendiri..

Bermula apabila aku menjejakkan kaki ke UiTM Merbok..aku jumpa dgn diorg ni.



Aku tahu tak semua perkara akan berakhir dgn bahagia..tp kami mmg bahagia waktu ni.Kami boleh share semua benda..kalau boleh nak buat semua benda sama2..tp mungkin kami terlalu rapat akhirnya perpecahan berlaku.Tp aku bersyukur kerana ada di antara mereka ni masih di sisi.Muhasabah untuk perkara ini..aku sedar yang aku tak pernah menyesal untuk ini.

Kemudian perjalanan aku berterusan lg untuk satu setengah tahun..Banyak moment bahagia yang aku tertinggal.Moment bersama keluarga..Aku tak lagi ada disana untuk meraikn semua perkara..hanya kerana jarak.Muhasabah untuk perkara ini..betapa lemahnya aku tanpa keluarga.Aku sedar yang aku harus membahagiakan mereka selama aku mampu dan masih berkesempatan.



Min sayang ayah dgn ibu!!

Setelah setahun setengah yang di harungi..aku kini di UiTM Shah Alam.Berada di situasi dan perkara yang mmg aku nak lakukn dari dulu lg..Aku dah kluar kan air dr mata yang sgt banyak hanya kerana ingin untuk berada di situasi ini.Tapi,aku tak tahu kenapa aku rasa usaha aku ini tak mencukupi.Aku banyak main..banyak sgt.Apa lar buruk sgt perangai aku ni tak mensyukuri dgn apa yang aku ada sekarang?Ya Allah..ampunkan lah dosa hambaMu ini dan berikan lah aku kesungguhan serta kejayaan yang diredhai Mu,Ya Allah.
Muhasabah untuk perkara ini..aku harus sentiasa beringat dan lebih menghargai setiap perkara yang berlaku..bersyukur.



Doakan kejayaan kami dlm mengharungi semua ini..

p/s:Ini hanya luahan hati yang di tafsirkan dgn kata2..:)

4 comments:

abbad said...

i will pray for your success too :)

Unknown said...

=))))) hidup muhaimin

'aliaazaker said...

moga min success slalu.. hehe syg kamu!

u r so mean! said...

thanks abbad..:)

huish..blogger popular singgah blog hampeh aku ar!!malu kau iz!!hahaha..Hidup Macham Iz Punye!yeah..

org pn syg lia!!