BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, March 29, 2011

Ini proses.Itu keberangkalian.

Hidup ni satu kitaran.Satu proses.Mungkin sekarang aku rasa aku dah seronok dan gembira dengan apa yang aku ada macam aku gembira ada keluarga yang sayang aku mcm ni, kawan-kawan yang berbilangan sudi berdekat-dekatan dengan aku, tempat tinggal dan lain-lain. Tetapi, perlu jugak aku bersedia untuk segala keberangkalian kerana Allah itu Maha Adil.Mungkin dulu aku boleh cakap aku ada semuanya, tapi kalau Allah mahu maka Dia mampu menarik apa jugak yang ada pada aku sedikit demi sedikit mahupun sekaligus.Mungkin hari ini, aku akan kekurangan ahli keluarga atau tiada lagi sebilangan kawan-kawan yg ingin disisi.Tempat tinggal yang dilanda bencana alam dan keberangkalain yang lain.. Persoalannya??Pernahkah aku terfikir atau membayangkan segala keberangkalian itu?Adakah aku bersedia untuk menghadapi perkara sebegini?Pada siapa aku nak berkongsi?Pada siapa aku nak mengadu?Apakah perkara yang terbaik aku boleh lakukan untuk hidup aku bila kini hidup aku dh bnyk ruang kosong?Tiada kawan-kawan yang sudi menemani, masalah-masalah dunia yang turut menyertai.. Kini yang aku pasti perkara yang tak akan berubah adalah kewujudan dan keesaan ALLAH.Aku mungkin berubah,aku mungkin buat kesilapan,aku tahu aku memang teruk.Memang setiap hujung semester pun aku akan jadi macam ni.Sbb bila dah nak dekat sgt dgn saat genting atau besar atau pun ibu selalu ckp " tu lah nak berak baru nak korek lubang' aku memang bermasalah.Tapi aku jugak percaya semua orang perlukan masa yang aku gelar diam diam muhasabah diri. Ini satu proses.Maafkan aku kerana gagal melalui proses ini dengan baik kerana turut menjejaskan sekeliling.
nak balik rumah..dptkan rwtn 'lelaki2 ckp lepas cukup melegakan'.


p/s: InsyaAllah..semua kan baik.

2 comments:

HaPPy_MiroHu said...

Insya Allah min.. :)

NH said...

Insyallah Min...I miss u