BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, July 6, 2011

hati untuk kongsi2 - part 1-

Untuk lebih kurang 5 ke 6 bulan yang lepas aku serahkan segala yang aku ada untuk 'benda' ni.Segala-galanya..diri,duit,fikiran,peluh,masa dan hati.Macam kata2 orang bijak pandai..Allah ada rancangan untuk setiap hambaNya dan aku percaya dengan itu.Aku dan beberapa rakan lain terlibat dalam rancangan Nya itu..

Dari rancangan itu lah bermulanya satu perjalanan hidup baru..pertemuan antara beberapa hati dalam rencana perjalanan hidup kami yang terbaru.Dengan ilmu yang hanya setitik dari lautan milik Allah..kami mula merangkak dan tempuh apa sahaja yang kami jumpa di depan.Bukan mudah untuk rasa apa itu senang dan apa itu nikmat.

Sungguh!!Tak ada niat langsung dihati kami untuk mengejar populariti atau apa sahaja kata-kata lain yang sama dengan maknanya.Yang kami tahu kami cuba menimba ilmu baru..cuba menyahut cabaran yang diberi dan paling penting matlamat utama kami tercapai.Dan apa matlamat kami??

Ini..
Air mata yang mengalir sebelum ni tak tergambar indahnya dan tak terkata gembiranya hati ni bila semua berjalan baik2 sahaja dan kami berjaya.Akhirnya...YaAllah,indahnya dugaan mu,nikmatnya perit dulu, dan tak ternilainya perjalanan yang kau aturkan untuk kami ini.Syukur..

Ibu kata kita memang ada satu hati tapi hati kita boleh dibagi2 kan kepada yang lain.Yang mampu diucapkan kini adalah 'Alhamdulillah YaAllah'..Sekarang hati aku telah dibagi2 kan.Semua dapat sikit sorang..

p/s: We are so grateful to knowing you,adik-adik.

0 comments: